PERJALANAN ANDA

Selamat Datang ke Program Penurunan Berat Badan Allurion!

Belon Allurion merupakan belon gastrik boleh telan yang tidak memerlukan pembedahan, endoskopi, atau bius. Belon ini membantu menurunkan berat badan dengan memenuhi ruang di dalam perut. Dengan ini, anda mudah berasa kenyang dan dapat mengurangkan pemakanan.

Turunkan berat badan sebanyak 10 to 15%* dalam masa 4 bulan dengan menggunakan belon ini, dengan diiringi Program Kitakurang untuk mengekalkan berat badan anda.

*Keputusan mungkin berbeza mengikut setiap individu.

Bagaimana belon Allurion ditempatkan dalam perut?

Doktor akan menjalankan prosedur penempatan belon sepanjang 30 minit, dengan menggunakan kapsul boleh telan (mengandungi belon yang kempis) yang bersambungan dengan tiub halus. Tiada pembedahan, endoskopi, atau bius diperlukan.
Selepas masuk ke dalam perut, belon akan diisi dengan cecair. X-ray akan diambil sebelum dan selepas mengisi belon untuk memastikan bahawa penempatan dan pengisian belon dilakukan dengan betul.
Selepas lebih kurang 4 bulan, belon akan terbuka dan kempis, kemudian disingkirkan daripada badan melalui sistem pencernaan.

Secara ringkasnya:

  • Prosedur hanya mengambil 30 minit
  • Belon keluar daripada badan secara semulajadi selepas 4 bulan
  • Turun sebanyak 10-15% berat badan total
  • 50,000 belon diedarkan di seluruh dunia
  • Termasuk panduan pemakanan dan kecergasan selama 6 bulan
  • Termasuk alat timbang pintar, alat penjejak kesihatan, dan aplikasi telefon pintar untuk memantau perkembangan anda

Sokongan daripada Doktor anda

Doktor akan berada di sisi anda dari langkah pertama perjalanan anda bersama Allurion – bermula dengan konsultasi pertama, persediaan untuk prosedur penempatan belon, sehinggalah anda mencapai kejayaan sepanjang program ini.

Sokongan daripada Pakar Pemakanan anda

Pakar pemakanan anda akan membantu mengubah persepsi anda terhadap makanan; dengan mengambil kira cita rasa anda. Beliau akan memberi panduan untuk memilih diet yang sihat dan boleh dikekalkan untuk jangka masa panjang. Sokongan beliau adalah khas untuk anda sepanjang tempoh 12 bulan – walaupun belon telah lama keluar daripada badan anda.

Sokongan daripada Peranti anda

Sebagai bantuan tambahan sepanjang perjalanan anda, anda akan menerima alat timbang pintar Allurion, alat penjejak kesihatan Allurion, dan aplikasi telefon pintar Allurtion ketika anda menjalani prosedur penempatan belon. Kegunaanya adalah untuk memaklumkan status terkini kepada pasukan penjagaan kesihatan anda, menerima nasihat dan panduan, dan terus memantau berat badan anda.

Muat Turun. Sentuh. Jejak.

Dengan Allurion, anda akan dapat pasukan yang menyokong anda sepanjang perjalanan meunurunkan berat badan!
Gunakan aplikasi Allurion untuk berkongsi prestasi bersama doktor, kawan-kawan, dan keluarga anda dengan cepat dan mudah.

Kekal aktif dengan menggunakan alat penjejak kesihatan.

Aplikasi Allurion boleh disambungkan kepada Penjejak Kesihatan Allurion dan Fitbit untuk memantau bacaan fizikal anda serta merekodkan bilangan langkan, aktiviti senaman, dan tidur anda.

Penurunan berat badan dalam tangan anda.

TImbang berat anda setiap minggu dengan menggunakan alat timbang Allurion untuk memantau berat badan, nisbah lemak badan dan BMI, untuk memastikan anda kekal dengan hala tuju anda.

PERJALANAN PENURUNAN BERAT BADAN ANDA

Langkah 1: Buat Pertanyaan

Maklumkan anggota klinik kami bahawa anda berminat menjalani Program Allurion. Mereka akan melakukan proses saringan bagi memastikan kesesuaian program ini untuk anda.

Langkah 2: Rundingan

Sesi rundingan secara bersemuka dengan doktor akan diaturkan. Setelah mendapat kelulusan daripada doktor, prosedur penempatan belon akan dijadualkan untuk anda.

Langkah 3: Persediaan

Pakar pemakanan kami akan bertanya tentang tabiat pemakanan anda, alahan, dan lain-lain supaya dapat memberi panduan tentang pemakanan anda. Kami turut mengambil kira cita rasa anda dan sentiasa menggalakkan pilihan yang sihat.

Langkah 4: Penempatan Belon

Penempatan belon yang mengambil masa 30 minit akan dilakukan oleh doktor. Sepanjang tempoh 4 bulan yang seterusnya, anda akan mengalami ‘kekenyangan’. Dengan ini, pemakanan anda akan berkurang dan diikuti pula dengan penurunan berat badan.

Langkah 5: Sokongan & Penjejak Kesihatan

Anda akan menerima Alat Timbang Allurion, dan Penjejak Kesihatan. Kami akan membantu anda memasang Aplikasi Allurion untuk memantau perkembangan anda serta menawarkan sokongan dalam bentuk pemantauan diet, kecergasan, dan kualiti tidur anda!

Langkah 6: Perjalanan

Selepas 4 bulan, bermulalah kehidupan baru anda! Kami akan terus berada di sisi anda untuk memberi sebarang sokongan yang anda perlu sepanjang tempoh 12 bulan selepas penempatan belon.

Give yourself a chance to be a healthier you with our support!Jom #kitakurang

Testimonial Pesakit